ِApabila memasuki perkuburan, Baginda akan berkata

TEKS BAHASA ARAB

عن عبد الله بن مسعود، رضي الله عنه قال: كان رسول الله، صلّى الله عليه وسلم، إذا دخل الجبّانة يقول: السلام عليكم أيتها الأرواح الفانية، والأبدان البالية، والعظام النخرة، التى خرجت من الدنيا وهى بالله مؤمنة، اللهمّ أدخل عليهم روحا منك، وسلاما منّا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada ‘Abd Allah bin Mas‘ūd r.a katanya: Rasulullah s.a.w apabila memasuki perkuburan, Baginda akan bersabda: Salam sejahtera ke atas kamu sekalian nyawa yang fana, badan-badan yang buruk dan tulang-tulang yang hancur mereput yang keluar segala nyawa ini dari dunia dalam keadaan beriman dengan Engkau. Ya Allah, masukkanlah ke atas roh-roh ini kerehatan daripada Engkau dan kesejahteraan daripada kami.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini merupakan salah satu hadis kajian Nur Farha Binti Muhammad Faleh Lai yang diselia oleh Dr. Faisal Ahmad Shah dalam Disertasi Universiti Malaya bertajuk Hadith Daif Dan Palsu Mengenai Pengurusan Jenazah: Kajian Pengamalan Masyarakat Islam di Tumpat, Kelantan, di halaman 92, hadis nombor 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Diriwayatkan Ibn al-Sunnī dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Lailah dan ‘Abd al-Ghanī al-Maqdisī dalam al-Sunan daripada jalan Ṭarīq Ibrāhim bin Aḥmad bin ‘Amr al-Ḍaḥḥāk daripada ‘Abd al-Wahāb bin Jābir al-Taimī daripada Ḥibbān bin ‘Alī al-‘Anazī daripada al-A‘mash daripada Abū Razīn daripada Ibn Mas‘ūd dengannya.
Pada sanad ini terdapat:
1. ‘Abd al-Wahāb bin Jābir al-Taimī: Menurut al-Ḥāfiā Ibn Rajab tidak dikenali.
2. Ḥibbān bin ‘Alī al-‘Anazī: Ibn Ma‘īn berkata, hadithnya laisa bi shai’. Abū Zur‘ah, Abū Ḥātim dan al-Bukhārī melayyinkannya. Abū Dāwūd berkata, hadithnya daripada Ibn Rāfi’ secara umumnya adalah batil. Al-Dāruquṭnī pula menyatakan matrūk dan pada Ibn Ḥajar beliau seorang yang daif.
3. Terputus antara Abū Ruzain dan Ibn Mas‘ūd r.a: Yaḥyā bin al-Qaṭṭān dan Aḥmad bin Ḥanbal menolak Abū Ruzain mendengar daripada Ibn Mas‘ūd.
Oleh hal yang demikian, hadith tersebut adalah daif dan didaifkan oleh Ibn Rajab. Al-Zubaydī dan al-Albānī pula berpandangan sanadnya daif.
Hadith ini daif kerana perawi-perawinya mendapat kritikan yang melemahkanya.

RUJUKAN

Nur Farha Binti Muhammad Faleh Lai. (2020). Hadith Daif Dan Palsu Mengenai Pengurusan Jenazah: Kajian Pengamalan Masyarakat Islam di Tumpat, Kelantan. Universiti Malaya.

MAKLUMAN

Maklumat ini adalah hasil sumbangan penulis iaitu Saudari Nur Farha dan para dermawan seperti Saudara Zainal Abdullah dan lain-lain, melalui Tabung Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs