Ada dosa yang tidak dapat diampunkan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من الذنوب لا يكفرها إلا الوقوف بعرفة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Ada dosa yang tidak dapat diampunkan kecuali dengan berwukuf di Arafah.

STATUS

Tidak ditemui asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 204, hadis nombor 640. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في الإحياء قال مخرجه: لم أجد له أصلا.

Disebutkan dalam al-Ihya’. Al-‘Iraqi berkata: Aku tidak menjumpai asalnya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs