Adakah kamu pernah menghafal sesuatu daripada Rasulullah SAW yang selalu Baginda baca seusai salam

TEKS BAHASA ARAB

قلنا لأبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – هل حفظت من رسول الله – صلى الله عليه وسلم – شيئا كان يقوله بعدما يسلم؟ قال: نعم، كان يقول: ((سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kami telah bertanya Abu Sa’id al-Khudri RA: "Adakah kamu pernah menghafal sesuatu daripada Rasulullah SAW yang selalu Baginda baca seusai salam?", beliau menjawab: "Ya, Baginda selalu membaca: "Maha Suci Tuhanmu yang mempunyai keperkasaan daripada apa yang mereka sifatkan. Dan kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul. Dan segala puji bagi Allah, Rab sekalian alam" [Surah al-Saffat ayat 180-182]".

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1480, hadis nombor 7549. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هارون، قال: قلنا لأبي سعيد الخدري -رضي الله عنه- هل حفظت من رسول الله صلى الله عليه وسلم شيئاً كان يقوله بعدما يسلم؟ قال: نعم، كان يقول: ((سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين)). [عبد بن حميد، ش، الطبراني في ((الدعاء))، ((الضعيفة)) (4201)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Harun, katanya: Kami telah bertanya Abu Sa’id al-Khudri RA: "Adakah kamu pernah menghafal sesuatu daripada Rasulullah SAW yang selalu Baginda baca seusai salam?", beliau menjawab: "Ya, Baginda selalu membaca: {Maha Suci Tuhanmu yang mempunyai keperkasaan daripada apa yang mereka sifatkan. Dan kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul. Dan segala puji bagi Allah, Rab sekalian alam} [Surah al-Saffat ayat 180-182]".
[Riwayat 'Abd bin Humaid, Ibn Abi Shaibah dalam Musannaf beliau dan al-Tabarani dalam al-Du'a. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4201]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs