Akan berlaku pertelingkahan ketika kematian khalifah

TEKS BAHASA ARAB

يكون اختلاف عند موت خليفة، فيخرج رجل من بني هاشم من المدينة فيأتي مكة، فيستخرجه الناس من بيته وهو كاره، فيبايعونه بين الركن والمقام، فيجهز إليه جيش من الشام، حتى إذا كانوا بالبيداء؛ خسف بهم، فيأتيه عصائب أهل العراق، وأبدال الشام، وينشأ رجل بالشام أخواله (كلب)، فيجهز إليه جيش، فيهزمهم الله، وتكون الدبرة عليهم فذلك يوم (كلب)، الخائب من خاب من غنيمة كلب، فيستفتح الكنوز، ويقسم الأموال، ويلقي الإسلام بجرانه إلى الأرض، فيعيش بذلك سبع سنين، أو قال: تسع سنين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan berlaku pertelingkahan ketika kematian khalifah. Seorang lelaki dalam kalangan Bani Hashim akan keluar daripada Madinah lalu menuju ke Makkah. Orang ramai akan mengeluarkannya daripada rumahnya dalam keadaan dia tidak suka (benci), lalu mereka membai’ahnya antara rukun dan maqam. Lalu dipersiapkan tentera daripada Syam untuk menyerangnya hingga apabila mereka berada di satu tanah lapang, mereka ditenggelamkan. Lalu beberapa kumpulan dalam kalangan penduduk Iraq dan golongan Abdal Syam datang kepadanya. Seseorang di Syam bersama bapa-bapa saudaranya (berketurunan Kalb) mempersiapkan tentera untuk menyerangnya, lalu Allah binasakan mereka, kekalahan terjadi kepada mereka. Itulah Hari Kalb, orang yang kalah adalah orang yang kehilangan harta rampasan perang Kalb. Seterusnya dia membuka perbendaharaan-perbendaharaan, membahagikan harta dan Islam disebarkan ke negeri berhampirannya hingga seluruh dunia. Dia hidup sedemikian selama 7 tahun atau Baginda menyebutkan: 9 tahun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1386, hadis nombor 7043. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أم سلمة رضي الله عنها، قالت: سمعت رسول الله ﷺ يقول: يكون اختلاف عند موت خليفة، فيخرج رجل من بني هاشم من المدينة فيأتي مكة، فيستخرجه الناس من بيته وهو كاره، فيبايعونه بين الركن والمقام، فيجهز إليه جيش من الشام، حتى إذا كانوا بالبيداء؛ خسف بهم، فيأتيه عصائب أهل العراق، وأبدال الشام، وينشأ رجل بالشام أخواله (كلب)، فيجهز إليه جيش، فيهزمهم الله، وتكون الدبرة عليهم فذلك يوم (كلب)، الخائب من خاب من غنيمة كلب، فيستفتح الكنوز، ويقسم الأموال، ويلقي الإسلام بجرانه إلى الأرض، فيعيش بذلك سبع سنين، أو قال: تسع سنين.
[طس، ((الضعيفة)) (6484)]

(Lemah)
Daripada Ummi Salamah RA, katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Akan berlaku pertelingkahan ketika kematian khalifah. Seorang lelaki dalam kalangan Bani Hashim akan keluar daripada Madinah lalu menuju ke Makkah. Orang ramai akan mengeluarkannya daripada rumahnya dalam keadaan dia tidak suka (benci), lalu mereka membai’ahnya antara rukun dan maqam. Lalu dipersiapkan tentera daripada Syam untuk menyerangnya hingga apabila mereka berada di satu tanah lapang, mereka ditenggelamkan. Lalu beberapa kumpulan dalam kalangan penduduk Iraq dan golongan Abdal Syam datang kepadanya. Seseorang di Syam bersama bapa-bapa saudaranya (berketurunan Kalb) mempersiapkan tentera untuk menyerangnya, lalu Allah binasakan mereka, kekalahan terjadi kepada mereka. Itulah Hari Kalb, orang yang kalah adalah orang yang kehilangan harta rampasan perang Kalb. Seterusnya dia membuka perbendaharaan-perbendaharaan, membahagikan harta dan Islam disebarkan ke negeri berhampirannya hingga seluruh dunia. Dia hidup sedemikian selama 7 tahun atau Baginda menyebutkan: 9 tahun.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6484]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs