Aku adalah hamba Allah dan merupakan utusan-Nya yang terakhir

TEKS BAHASA ARAB

سمعت عليا يقول أنا عبد الله وآخر رسوله وأنا الصديق الأكبر لا يقولها بعدي إلا كاذب صليت قبل الناس سبع سنين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku mendengar Ali berkata: Aku adalah hamba Allah dan merupakan utusan-Nya yang terakhir. Aku adalah al-Siddiq al-Akbar. Tidak ada yang bercakap tentangnya selepas aku melainkan dia adalah seorang pendusta. Aku telah menunaikan solat sebelum orang ramai melakukannya selama tujuh tahun.

STATUS

(Terdapat perawi lemah pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 96. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

الْوَجِيز عباد بن عبد الله «سَمِعْتُ عَلِيًّا يَقُولُ أَنَا عَبْدُ اللَّهِ وَآخِرُ رَسُولِهِ وَأَنَا الصِّدِّيقُ الأَكْبَرُ لَا يَقُولُهَا بَعْدِي إِلا كَاذِبٌ صَلَّيْتُ قَبْلَ النَّاسِ سَبْعَ سِنِين» آفته عباد قلت أخرجه النَّسَائِيّ فِي الخصائص وَصَححهُ الْحَاكِم على شَرطهمَا لَكِن تعقبه الذَّهَبِيّ بِأَن عبادا ضَعِيف.

Dalam kitab al-Wajiz menyebut daripada Ibad Bin Abdullah:
Maksudnya: “Aku mendengar Ali berkata: Aku adalah hamba Allah dan merupakan utusan-Nya yang terakhir. Aku adalah al-Siddiq al-Akbar. Tidak ada yang bercakap tentangnya selepas aku melainkan dia adalah seorang pendusta. Aku telah menunaikan solat sebelum orang ramai melakukannya selama tujuh tahun.”
Punca kecacatan hadith ini adalah ‘Ibad. Saya katakan: ‘Ibad adalah seorang perawi yang diriwayatkan oleh al-Nasa’i di dalam kitab al-Khasais. al-Hakim menilai beliau sebagai perawi yang sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim namun al-Zahabi memberi komentar bahawa ‘Ibad adalah perawi yang lemah.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs