Aku bersama dengan Nabi SAW semasa tawaf

TEKS BAHASA ARAB

كنت مع النبي صلى الله عليه وسلم في الطواف فانقطعت شسعه فقلت : ناولني أصلحه قال: هذه أثرة ولا أحب الأثرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku bersama dengan Nabi SAW semasa tawaf, lalu tali kasut Baginda SAW terputus. Maka aku berkata: Berikan tali kasut itu kepadaku untuk aku perbaikinya. Baginda SAW menjawab: Ini adalah satu sikap pentingkan diri sendiri, dan aku tidak suka mementingkan diri sendiri.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 118, hadis nombor 608. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عامر بن ربيعة رضي الله عنه قال: كنت مع النبي صلى الله عليه وسلم في الطواف، فانقطعت شسعه، فقلت : ناولني أصلحه، قال: هذه أثرة ولا أحب الأثرة. [الطيالسي، هب، الضعيفة (5757)]

(Lemah) Daripada ‘Āmir ibn Rabī‘ah RA telah berkata: Aku bersama dengan Nabi SAW semasa tawaf, lalu tali kasut Baginda SAW terputus. Maka aku berkata: Berikan tali kasut itu kepadaku untuk aku perbaikinya. Baginda SAW menjawab: Ini adalah satu sikap pentingkan diri sendiri, dan aku tidak suka mementingkan diri sendiri. [Diriwayatkan oleh al-Ṭayālisī dalam Musnadnya dan al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5757]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs