Aku dan umatku terlepas daripada membebankan diri

TEKS BAHASA ARAB

أنا وأمتي براء من التكلف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku dan umatku terlepas daripada membebankan diri.

STATUS

Tidak sabit

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 93, hadis nombor 54. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وحديث: "أنا وأمتي براء من التكلف".
قال النووي: لا يثبت. نعم روى البخاري عن عمر قال: نهينا عن التكلف.

Dan hadis: "Aku dan umatku terlepas daripada membebankan diri".
Al-Nawawi telah berkata: Tidak thabit. Benar, al-Bukhari telah meriwayatkan daripada ‘Umar dia berkata: Kami dilarang daripada membebankan diri.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs