Aku dinaikkan ke langit. Tidak aku lintasi mana-mana langit melainkan aku dapati ada namaku

TEKS BAHASA ARAB

عرج بي السماء فما مررت بسماء إلا وجدت فيها اسمي محمد رسول الله وأبو بكر الصديق من خلفي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku dinaikkan ke langit. Tidak aku lintasi mana-mana langit melainkan aku dapati ada namaku ‘Muhammad Rasulullah’ dan nama Abu Bakar al-Siddiq berada di belakangku.

STATUS

(Terdapat perawi pemalsu hadis pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 93. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أَبُو هُرَيْرَة «عرج بِي السَّمَاء فَمَا مَرَرْتُ بِسَمَاءٍ إِلا وَجَدْتُ فِيهَا اسْمِي مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَأَبُو بكر الصّديق من خَلْفي» فِيهِ عبد الله بن إِبْرَاهِيم يضع عَن عبد الرَّحْمَن بن زيد ضَعِيف قلت عبد الله أخرج لَهُ أَبُو دَاوُد وَالتِّرْمِذِيّ والْحَدِيث لَهُ شَوَاهِد عَن ابْن عمر وَابْن عَبَّاس وَعلي وَأبي الدَّرْدَاء وَأنس والبراء وَأبي سعيد.

Daripada Abu Hurairah:
“Aku dinaikkan ke langit. Tidak aku lintasi mana-mana langit melainkan aku dapati ada namaku ‘Muhammad Rasulullah’ dan nama Abu Bakar al-Siddiq berada di belakangku.” Dalam sanad hadith ini terdapat Abdullah Bin Ibrahim. Beliau banyak memalsukan hadith daripada Abdurrahman Bin Zaid yang merupakan perawi yang lemah. Saya katakan: Abu Daud al-Tirmizi meriwayatkan hadith Abdullah Bin Ibrahim. Hadith ini mempunyai syawahid daripada Ibn Umar, Ibn ‘Abbas, Ali, Abu Darda’, Anas, al-Bara’ dan Abu Sa’id.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs