Aku lebih utama untuk menunaikan hak perlindungannya

TEKS BAHASA ARAB

أنا أولى من وفى بذمته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku lebih utama untuk menunaikan hak perlindungannya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 765, hadis nombor 3898. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن عبدالرحمن بن البيلاني أن النبي ﷺ أتي برجل من المسلمين قد قتل معاهداً من أهل الذمة، فأمر به، فضرب عنقه، وقال: ((أنا أولى من وفى بذمته)). [ش، عب، قط، أبو داود في ((المراسيل))، الطحاوي، هق، ((الضعيفة)) (460)].

(Munkar) Daripada Abd al-Rahman bin al-Bailamani bahawa seorang lelaki muslim yang telah membunuh seorang muahid (lelaki yang ada perjanjian damai) dalam golongan ahli zimmah (orang bukan Islam yang dijamin perlindungan di negara Islam) telah dibawa menghadap Nabi SAW, lalu dia diarahkan datang dan dipenggal lehernya, kemudian baginda bersabda: ((Aku lebih utama untuk menunaikan hak perlindungannya)). [Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam Musannafnya, Riwayat Abd al-Razzaq dalam Musannafnya, al-Daraqutni dalam Sunannya, Abu Daud dalam al-Marasil, al-Tahawi dalam al-Musykil, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 460]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs