Aku melihat Rasulullah ﷺ solat bersebelahan pintu Bani Sahm

TEKS BAHASA ARAB

رأيت رسول الله ﷺ يصلي مما يلي باب بني سهم، والناس يمرون بين يديه، ليس بينه وبين الكعبة سترة. (وفي رواية): طاف بالبيت سبعا، ثم صلى ركعتين بحذائه في حاشية المقام، وليس بينه وبين الطواف أحد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat Rasulullah ﷺ solat bersebelahan pintu Bani Sahm, dalam keadaan orang ramai lalu-lalang di hadapan baginda, sedangkan tidak ada penghadang antara baginda dan Kaabah. (Pada riwayat lain): Baginda tawaf mengelilingi Kaabah tujuh kali, kemudian baginda solat dua rakaat dengan capal baginda di pinggiran Makam Nabi Ibrahim, dalam keadaan tidak ada seorang pun yang berada di antara baginda dan orang-orang yang bertawaf.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 351, hadis nombor 1852. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن المطلب بن أبي وداعة – رضي الله عنه -، قال: «رأيتُ رسولَ اللهِ ﷺ يصلي مما يَلِي بابَ بني سَهْمٍ، والناسُ يَمُرُّونَ بين يديه، ليس بينَه وبينَ الكعبةِ سُتْرَةٌ. (وفي روايةٍ): طاف بالبيتِ سبعًا، ثم صلى ركعتين بحِذائِهِ في حاشيةِ المقامِ، وليس بينَه وبينَ الطوافِ أحدٌ». [حم، د، هق، الأزرقي في «أخبار مكة»، «الضعيفة» (928)].

(Lemah) Daripada al-Muttalib bin Abu Wada‘ah RA, beliau berkata: "Aku melihat Rasulullah ﷺ solat bersebelahan pintu Bani Sahm, dalam keadaan orang ramai lalu-lalang di hadapan baginda, sedangkan tidak ada penghadang antara baginda dan Kaabah". (Pada riwayat lain): "Baginda tawaf mengelilingi Kaabah tujuh kali, kemudian baginda solat dua rakaat dengan capal baginda di pinggiran Makam Nabi Ibrahim, dalam keadaan tidak ada seorang pun yang berada di antara baginda dan orang-orang yang bertawaf". [Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, Abu Daud dalam Sunannya, al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra dan al-Azraqi dalam Akhbar Makkah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 928].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs