Aku melihat Tuhanku dalam bentuk pemuda yang mempunyai rambut yang panjang.

TEKS BAHASA ARAB

رأيت ربي في صورة شاب له وفرة، وروي: في صورة شاب أمرد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat Tuhanku dalam bentuk pemuda yang berambut panjang. Dalam riwayat yang lain: Dalam bentuk pemuda yang tidak ada bulu.

STATUS

Sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي اللآلئ ابْن عَبَّاس رَفعه «رَأَيْت رَبِّي فِي صُورَة شَاب لَهُ وفرة» وَرُوِيَ «فِي صُورَة شَاب أَمْرَد» قَالَ ابْن صَدَقَة عَن أبي زرْعَة: حَدِيث ابْن عَبَّاس صَحِيح لَا يُنكره إِلَّا معتزلي وَرُوِيَ فِي بَعْضهَا رَآهُ بفؤاده. والْحَدِيث إِن حمل على رُؤْيَة الْمَنَام فَلَا إِشْكَال وَإِن حمل على الْيَقَظَة فَأجَاب أستاذنا كَمَال الدَّين بن الْهمام بِأَن هَذَا حجاب الصُّورَة.

Dalam kitab Al-La’ali menyebutkan, Ibn Abbas RA menyandarkan kepada Nabi SAW (marfu’) hadis: “Aku melihat Tuhanku dalam bentuk pemuda yang berambut panjang". Turut diriwayatkan: "Dalam bentuk pemuda yang tidak ada bulu”. Ibn Sadaqah berkata bahawa Abu Zur’ah menyebutkan: Hadis Ibn Abbas adalah hadis yang sahih, tiada siapa yang mengingkarinya melainkan Muktazilah. Sebahagiannya meriwayatkan bahawa Nabi melihat Tuhan dengan sanubari Baginda. Hadis ini jika memaksudkan bahawa Nabi SAW melihat dalam mimpi Baginda, maka tiada masalah. Namun jika melihat itu secara sedar, guru kami Kamaluddin Bin Humam menjawab bahawa ianya disebut sebagai hijab (terhadap) terhadap gambaran sebenar.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs