Aku mewasiatkan kepada khalifah selepasku supaya bertaqwa kepada Allah

TEKS BAHASA ARAB

أوصي الخليفة من بعدي بتقوى الله، وأوصيه بجماعة المسلمين أن يعظم كبيرهم ويرحم صغيرهم ويوقر عالمهم وأن لا يضربهم فيذلهم ولا يوحشهم فيكفرهم وأن لا يخصيهم فيقطع نسلهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku mewasiatkan kepada khalifah selepasku supaya bertaqwa kepada Allah, aku juga mewasiatkannya dengan (menjaga) jemaah kaum muslimin supaya menghormati orang yang tua dalam kalangan mereka dan menyayangi yang muda serta menghormati orang yang berilmu dalam kalangan mereka dan tidak memukul mereka lantas menghina mereka, tidak melakukan kekerasan kepada mereka lantas mengkafirkan mereka serta tidak memandulkan mereka yang akan menyebabkan keturunan mereka terputus.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 836, hadis nombor 4285. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((أوصي الخليفة من بعدي بتقوى الله، وأوصيه بجماعة المسلمين أن يعظم كبيرهم ويرحم صغيرهم ويوقر عالمهم وأن لا يضربهم فيذلهم ولا يوحشهم فيكفرهم وأن لا يخصيهم فيقطع نسلهم)).
[هق، ((الضعيفة)) (3340)]

(Lemah) Daripada Abū Umāmah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku mewasiatkan kepada khalifah selepasku supaya bertaqwa kepada Allah, aku juga mewasiatkannya dengan (menjaga) jemaah kaum muslimin supaya menghormati orang yang tua dalam kalangan mereka dan menyayangi yang muda serta menghormati orang yang berilmu dalam kalangan mereka dan tidak memukul mereka lantas menghina mereka, tidak melakukan kekerasan kepada mereka lantas mengkafirkan mereka serta tidak memandulkan mereka yang akan menyebabkan keturunan mereka terputus.
[Riwayat al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3340]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs