Aku orang yang mendahului bangsa Arab ke syurga

TEKS BAHASA ARAB

أنا سابق العرب إلى الجنة، وصهيب سابق الروم إلى الجنة، وبلال سابق الحبشة إلى الجنة، وسلمان سابق فارس إلى الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku orang yang mendahului bangsa Arab ke syurga, Ṣuhaib orang yang mendahului bangsa Rom ke syurga, Bilal orang yang mendahului orang Habsyah ke syurga dan Salman orang yang mendahului bangsa Farsi ke syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1818, hadis nombor 9164. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) ((أنا سابق العرب إلى الجنة، وصهيب سابق الروم إلى الجنة، وبلال سابق الحبشة إلى الجنة، وسلمان سابق فارس إلى الجنة)). روي من حديث أبي أمامة الباهلي، وأنس بن مالك، وأم هانئ -رضي الله عنهم- والحسن البصري مرسلا. [طص، طس، ابن عساكر، عد، العراقي في ((محجة القرب))، البزار، ك، حل، أبو نعيم في ((الأخبار))، ابن سعد، ((الضعيفة)) (2953)]

(Lemah) Aku orang yang mendahului bangsa Arab ke syurga, Ṣuhaib orang yang mendahului bangsa Rom ke syurga, Bilal orang yang mendahului orang Habsyah ke syurga dan Salman orang yang mendahului bangsa Farsi ke syurga. Diriwayatkan daripada hadis Abū Umāmah al-Bāhilī, Anas bin Mālik dan Ummu Hāni’ RA. Diriwayatkan daripada al-Ḥasan al-Baṣrī secara sanad mursal. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan al-Mu‘jam al-Ṣaghīr, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, al-‘Irāqī dalam Maḥajjah al-Qurab Ilā Maḥabbah al-‘Arab, al-Bazzār dalam al-Musnad, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’ dan Akhbār Aṣbahān, Ibn Sa‘d dalam al-Ṭabaqāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2953]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs