Aku telah hadiahkan kepada ibu saudaraku seorang hamba lelaki

TEKS BAHASA ARAB

وهبت لخالتي غلاما، ونهيت أن تجعله حجاما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah hadiahkan kepada ibu saudaraku seorang hamba lelaki, dan aku telah melarangnya daripada menjadikan (hamba itu) seorang tukang bekam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1181, hadis nombor 5984. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر – رضي الله عنه – سمع النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((وهبت لخالتي غلاما، ونهيت أن تجعله حجاما)). [تخ، حم، د، ((الضعيفة)) (4754)]

(Lemah) Daripada ‘Umar bin al-Khattab RA, dia mendengar daripada Nabi Muhammad SAW telah berkata: Aku telah hadiahkan kepada ibu saudaraku seorang hamba lelaki, dan aku telah melarangnya daripada menjadikan (hamba itu) seorang tukang bekam. [Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, Imam Ahmad dalam Musnadnya, Abu Daud dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 4754]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs