Al-Qur'an turun berturut-turut, maka ia merupakan kalam Allah 'azza wa jalla

TEKS BAHASA ARAB

تنزل القرآن فهو كلام الله – عز وجل -.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Qur’an turun berturut-turut, maka ia merupakan kalam Allah ‘azza wa jalla.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1456, hadis nombor 7404. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن الحكم بن عمير – رضي الله عنه – مرفوعاً: ((تنزل القرآن فهو كلام الله – عز وجل-)). [طب، عد، ((الضعيفة)) (3385)]

(Sangat Lemah)
Daripada al-Hakam bin ‘Umair RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Al-Qur’an turun berturut-turut, maka ia merupakan kalam Allah ‘azza wa jalla.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3385]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs