Ali adalah penghulu orang Arab

TEKS BAHASA ARAB

أنا سيد ولد آدم ، وعلي سيد العرب

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku ialah penghulu anak Adam manakala Ali adalah penghulu orang Arab.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1073, hadis nombor 5468. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((أنا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ , وَعَلِيٌّ سَيِّدُ العَرَبِ)) روي من حديث جابر، والحسن والحسين ابني علي، وابن عباس، وأنس- رضي الله عنهم-، وسلمة بن كهيل مرسلاً. [ك، طب، حل، خط، ((الضعيفة))(5678)].

(Palsu)
Daripada Aisyah RA, beliau berkata: Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: “Aku ialah penghulu anak Adam manakala Ali adalah penghulu orang Arab.” Ia diriwayatkan daripada hadis Jabir, al-Hasan dan al-Husain bin ‘Ali, Ibn Abbas, Anas RA dan Salamah Bin Kuhail secara Mursal.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5678]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs