Allah akan menghapuskan apa yang Dia inginkan dan mengekalkan (apa yang Dia inginkan)

TEKS BAHASA ARAB

قدمت المدينة، فسألت محمد بن علي بن الحسين بن علي بن أبي طالب عن قوله – عز وجل -: ((يمحو الله ما يشاء ويثبت وعنده أم الكتاب))؟ فقال: نعم، حدثنيه أبي، عن جده علي بن أبي طالب كرم الله وجهه، قال: سألت عنها رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فقال: ((لأبشرنك بها يا علي! فبشر بها أمتي من بعدي: الصدقة على وجهها، واصطناع المعروف، وبر الوالدين، وصلة الرحم؛ تحول الشقاء سعادة، وتزيد في العمر، وتقي مصارع السوء)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah pergi ke Madinah lalu aku bertanya Muhammad bin ‘Ali bin al-Husain bin ‘Ali bin Abi Talib berkenaan firman-Nya ‘Azza Wa Jalla: {Allah akan menghapuskan apa yang Dia inginkan dan mengekalkan (apa yang Dia inginkan). Di sisi-Nyalah Ummu al-Kitab}. Beliau pun berkata: Ya, ayahku telah menceritakan kepadaku daripada datuknya, ‘Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah, katanya: Aku telah bertanya berkenaannya kepada Rasulullah SAW, Baginda pun menjawab: Wahai ‘Ali! Aku akan berikan khabar gembira berkenaannya kepadamu. Lalu berikanlah khabar gembira berkenaannya kepada umatku selepas kewafatanku; iaitu sedekah pada bentuknya, berbuat perkara baik, berbakti kepada kedua ibubapa, menghubungkan silaturahim boleh mengubah kecelakaan menjadi kebahagiaan, boleh menambahkan umur dan boleh menghalang kematian buruk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1473, hadis nombor 7507. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الأوزاعي، قال: قدمت المدينة، فسألت محمد بن علي بن الحسين بن علي بن أبي طالب عن قوله – عز وجل -: ((يمحو الله ما يشاء ويثبت وعنده أم الكتاب))؟ فقال: نعم، حدثنيه أبي، عن جده علي بن أبي طالب كرم الله وجهه، قال: سألت عنها رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فقال: ((لأبشرنك بها يا علي! فبشر بها أمتي من بعدي: الصدقة على وجهها، واصطناع المعروف، وبر الوالدين، وصلة الرحم؛ تحول الشقاء سعادة، وتزيد في العمر، وتقي مصارع السوء)). [حل، ((الضعيفة)) (3795)]

(Lemah)
Daripada al-Awza’i, katanya: Aku telah pergi ke Madinah lalu aku bertanya Muhammad bin ‘Ali bin al-Husain bin ‘Ali bin Abi Talib berkenaan firman-Nya ‘Azza Wa Jalla: {Allah akan menghapuskan apa yang Dia inginkan dan mengekalkan (apa yang Dia inginkan). Di sisi-Nyalah Ummu al-Kitab}. Beliau pun berkata: Ya, ayahku telah menceritakan kepadaku daripada datuknya, ‘Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah, katanya: Aku telah bertanya berkenaannya kepada Rasulullah SAW, Baginda pun menjawab: Wahai ‘Ali! Aku akan berikan khabar gembira berkenaannya kepadamu. Lalu berikanlah khabar gembira berkenaannya kepada umatku selepas kewafatanku; iaitu sedekah pada bentuknya, berbuat perkara baik, berbakti kepada kedua ibubapa, menghubungkan silaturahim boleh mengubah kecelakaan menjadi kebahagiaan, boleh menambahkan umur dan boleh menghalang kematian buruk.
[Riwayat Abu Nu'aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3795]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs