Allah memberi wahyu kepada dunia agar berkhidmat untuk orang yang berkhidmat untuk-Ku

TEKS BAHASA ARAB

أوحى الله إلى الدنيا: أن اخدمي من خدمني، وأتعبي من خدمك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah memberi wahyu kepada dunia agar berkhidmat untuk orang yang berkhidmat untuk-Ku (Allah) dan memenatkan orang yang berkhidmat untukmu (untuk dunia).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1974, hadis nombor 9870. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‏موضوع) ‏عن عبدالله بن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: «‏أوحى الله إلى الدنيا: أن اخدمي من خدمني، وأتعبي من خدمك».
[خط، ‏ابن الجوزي، «الضعيفة» (808)].

(Palsu)
Daripada Abdullah bin Mas‘ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah memberi wahyu kepada dunia agar berkhidmat untuk orang yang berkhidmat untuk-Ku (Allah) dan memenatkan orang yang berkhidmat untukmu (untuk dunia).
[Riwayat Khaṭīb al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād dan Ibn al-Jawziy. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.808].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs