Allah SWT menyalakan api neraka jahanam setiap hari dan memadamkannya pada hari Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى يسعر جهنم كل يوم في نصف النهار، ويخبتها في يوم الجمعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT menyalakan api neraka jahanam setiap hari pada waktu tengah hari dan memadamkannya pada hari Jumaat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 716, hadis nombor 3658. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن واثلة رضي الله عنه، قال: سأل سائل رسول الله ﷺ ما بال يوم الجمعة يؤذن فيها بالصلاة ‌في ‌نصف ‌النهار وقد نهيت عن سائر الأيام؟ فقال: إن الله تعالى يسعر جهنم كل يوم في نصف النهار، ويخبتها في يوم الجمعة.
[ابن حبان في ((الضعفاء))، طب، وفي ((مسند الشاميين)) أيضا، ((الضعيفة)) (7100)]

(Palsu)
Daripada Wathilah RA berkata: Seseorang telah bertanya kepada Nabi SAW mengapa pada hari Jumaat diseru azan untuk solat pada waktu tengah hari sedangkan dilarang pada hari-hari yang lain? Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya Allah SWT menyalakan api neraka jahanam setiap hari pada waktu tengah hari dan memadamkannya pada hari Jumaat.
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du’afa’, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7100]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs