Allah tidak melantik wali yang jahil

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ما اتخذ الله من ولي جاهل، ولو اتخذه لعلمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Allah tidak melantik wali yang jahil. Jika Dia mahu melantiknya juga, Dia pasti mengajarkannya ilmu.

STATUS

Tidak thabit

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 156, hadis nombor 462. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس بثابت، وقد قال السخاوي: لم أقف عليه مرفوعا.

Tidak thabit. Al-Sakhawi berkata: Saya tidak pernah menemuinya secara marfu’.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs