Amalan-amalan umatku diperlihatkan kepadaku

TEKS BAHASA ARAB

حديث: عرضت علي أعمال أمتي فوجدت منها المقبول والمردود إلا الصلاة علي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Amalan-amalan umatku diperlihatkan kepadaku, lalu aku dapati ada yang diterima dan ada yang ditolak melainkan amalan selawat terhadapku.

STATUS

Tidak ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 119, hadis nombor 330. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وارد معناه عن [أبي] الدرداء وأبي سليمان الداراني، كما في (حصن الحصين)، ولم أقف على من أسند مبناه، والعلم عند الله.

Warid semaknanya daripada Abu Al-Darda’ dan Abu Sulaiman Al-Darani, sebagaimana dalam Hisn Al-Hasin. Aku belum menemui orang yang membawakan sanad bagi lafaznya. Pengetahuan sebenar ada di sisi Allah.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs