Pernah wahyu diturunkan kepada Nabi SAW pada waktu malam dan Baginda telah lupa pada waktu siang

TEKS BAHASA ARAB

كان مما ينزل على النبي – صلى الله عليه وسلم – الوحي بالليل، وينساه بالنهار، فأنزل الله عز وجل: {ما ننسخ من ءاية أو ننسها نأت بخير منها أو مثلها}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pernah wahyu diturunkan kepada Nabi SAW pada waktu malam dan Baginda telah lupa pada waktu siang. Ayat yang Allah turunkan: {Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya.} [al-Baqarah: 106].

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1510, hadis nombor 7684. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- قال: كان مما ينزل على النبي – صلى الله عليه وسلم – الوحي بالليل، وينساه بالنهار، فأنزل الله عز وجل: (ما ننسخ من آية أو ننسها نأت بخير منها أو مثلها). [ابن أبي حاتم، (الضعيفة)) (5289)].

(Lemah)
Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Pernah wahyu diturunkan kepada Nabi SAW pada waktu malam dan Baginda telah lupa pada waktu siang. Ayat yang Allah turunkan: {Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya.} [al-Baqarah: 106].
[Riwayat Ibnu Abi Hatim. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5289].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs