Apa jua (bentuk permainan yang berunsur judi) yang melalaikan kamu dari mengingati Allah maka ia (umpama) judi

TEKS BAHASA ARAB

ما ألهاك عن ذكر الله فهو ميسر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apa jua (bentuk permainan yang berunsur judi) yang melalaikan kamu dari mengingati Allah maka ia (umpama) judi.

STATUS

Batil dan tiada asal padanya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1648, hadis nombor 8331. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل لا أصل له) ((ما ألهاك عن ذكر الله؛ فهو مَيْسِر)). [((الضعيفة)) (6936)].

(Batil tiada asal baginya)
((Apa jua (bentuk permainan yang berunsur judi) yang melalaikan kamu dari mengingati Allah maka ia (umpama) judi.))
[Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6936].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs