Apabila baginda mendapati seorang lelaki yang sedang berbaring di atas wajahnya (meniarap)

TEKS BAHASA ARAB

أن النبي – صلى الله عليه وسلم – كان إذا وجد الرجل راقدا على وجهه؛ ليس على عجزه شيء، ركضه برجله، وقال: هي أبغض الرقدة إلى الله – عز وجل -.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Baginda mendapati seorang lelaki yang sedang berbaring di atas wajahnya (meniarap), yang mana tidak terdapat sesuatu di atas pinggulnya, maka baginda akan mengejutkannya dengan kaki baginda. Lalu baginda berkata: (Berbaring) seperti ini merupakan cara yang paling dibenci oleh Allah Azza wa Jalla.

STATUS

Lemah Sepenuhnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 208, hadis nombor 1092. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بتمامه) عن عمرو بن الشريد: ((أن النبي – صلى الله عليه وسلم – كان إذا وجد الرجل راقدا على وجهه؛ ليس على عجزه شيء، ركضه برجله، وقال: هي أبغض الرقدة إلى الله – عز وجل -)). [حم، ((الضعيفة)) (4218)]

(Lemah Sepenuhnya)
Daripada ‘Amru Bin al-Syarid: Bahawa Nabi SAW: Apabila Baginda mendapati seorang lelaki yang sedang berbaring di atas wajahnya (meniarap), yang mana tidak terdapat sesuatu di atas pinggulnya, maka baginda akan mengejutkannya dengan kaki baginda. Lalu baginda berkata: (Berbaring) seperti ini merupakan cara yang paling dibenci oleh Allah Azza wa Jalla.
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4218]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs