Apabila kalian dalam perjalanan musafir, maka kurangkanlah mendiami tempat-tempat persinggahan

TEKS BAHASA ARAB

إذا كنتم في سفر فأقلوا المكث في المنازل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kalian dalam perjalanan musafir, maka kurangkanlah mendiami tempat-tempat persinggahan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 985, hadis nombor 5078. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إذا ‌كنتم ‌في ‌سفر فأقلوا المكث في المنازل)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، ((الضعيفة)) (2618)]

(Palsu) Daripada Abdullah bin Abbas RHUMA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: ((Apabila kalian dalam perjalanan musafir, maka kurangkanlah mendiami tempat-tempat persinggahan)). [Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan dan al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2618]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs