Apabila kamu hendak solat, maka solatlah dengan memakai kedua-dua kasutmu

TEKS BAHASA ARAB

إذا صليت فصل في نعليك، فإن لم تفعل فضعهما تحت قدميك، ولا تضعهما عن يمينك، ولا عن يسارك فتؤذي الملائكة والناس، وإذا وضعتهما بين يديك كأنما بين يديك قبلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu hendak solat, maka solatlah dengan memakai kedua-dua kasutmu. Maka jika kamu tidak memakainya maka letak kedua-duanya di bawah tapak kakimu dan janganlah kamu meletakkan kedua-dua kasutmu di sebelah kananmu dan tidak juga di sebelah kirimu kerana kamu akan menyakiti para malaikat dan orang ramai. Dan jika kamu meletakkan kedua-dua kasutmu di hadapanmu seolah-olah apa yang di hadapan kamu itu adalah kiblat (bagimu).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 348, hadis nombor 1838. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إذا صليت فصل في نعليك، فإن لم تفعل فضعهما تحت قدميك، ولا تضعهما عن يمينك، ولا عن يسارك فتؤذي الملائكة والناس، وإذا وضعتهما بين يديك كأنما بين يديك قبلة)).
[خط، ((الضعيفة)) (987)]

(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila kamu hendak solat, maka solatlah dengan memakai kedua-dua kasutmu. Maka jika kamu tidak memakainya maka letak kedua-duanya di bawah tapak kakimu dan janganlah kamu meletakkan kedua-dua kasutmu di sebelah kananmu dan tidak juga di sebelah kirimu kerana kamu akan menyakiti para malaikat dan orang ramai. Dan jika kamu meletakkan kedua-dua kasutmu di hadapanmu seolah-olah apa yang di hadapan kamu itu adalah kiblat (bagimu).
[Riwayat Khaṭīb al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 987]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs