Apabila muncul suara jeritan pada bulan Ramadan, maka ia menunjukkan akan berlaku huru-hara pada bulan Syawal

TEKS BAHASA ARAB

إذا كانت صيحة في رمضان؛ فإنه يكون معمعة في شوال، وتميز القبائل في ذي القعدة، وتسفك الدماء في ذي الحجة. والمحرم ما المحرم؟ (يقولها ثلاثا)، هيهات هيهات! يقتل الناس فيها هرجا هرجا. قلنا: وما الصيحة يا رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ قال: هدة في النصف من رمضان ليلة جمعة؛ فتكون هدة توقظ النائم، وتقعد القائم، وتخرج العواتق من خدورهن في ليلة جمعة، في سنة كثيرة الزلازل. فإذا صليتم الفجر من يوم الجمعة؛ فادخلوا بيوتكم، وأغلقوا أبوابكم، وسدوا كواكم، ودثروا أنفسكم، وسدوا آذانكم، فإذا أحسستم بالصيحة؛ فخروا لله سجدا، وقولوا: سبحان القدوس، سبحان القدوس، ربنا القدوس؛ فإنه من فعل ذلك؛ نجا، ومن لم يفعل ذلك؛ هلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila muncul suara jeritan pada bulan Ramadan, maka ia menunjukkan akan berlaku huru-hara pada bulan Syawal, kabilah – kabilah saling bermusuhan di bulan Zulkaedah, berlaku pertumpahan darah pada bulan Zulhijjah dan Muharram. Apa itu Muharram? Baginda mengulanginya 3 kali. Aduhai, aduhai, manusia terbunuh padanya beramai-ramai. Kami bertanya: Suara apakah itu wahai Rasulullah? Bagind menjawab: Akan muncul suara yang kuat di pertengahan Ramadhan pada malam Jumaat, mengejutkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari biliknya. Bahkan, pada malam Jumaat di tahun itu terjadinya banyak gempa. Jika kamu telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, maka masuklah ke rumah kamu, tutuplah pintu, sumbatlah lubang-lubangnya dan selimutilah diri kamu dan sumbatlah telingamu. Jika kamu merasakan adanya suara pekikan, maka bersujudlah kepada Allah dan ucapkanlah: Maha Suci Allah al-Quddus, Maha Suci Allah al-Quddus, Tuhan kami al-Quddus kerana barangsiapa melakukan hal itu akan berjaya dan barangsiapa yang tidak melakukan perkara itu, nescaya akan binasa.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1547, hadis nombor 7851. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ، -رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ- عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((إِذَا كَانَتْ صَيْحَةٌ فِي رَمَضَانَ؛ فَإِنَّهُ يَكُونُ مَعْمَعَةٌ فِي شَوَّالٍ، وَتَمْيِيزُ الْقَبَائِلِ فِي ذِيِ الْقَعْدَةِ، وَتُسْفَكُ الدِّمَاءُ فِي ذِيِ الْحِجَّةِ. وَالْمُحَرَّمِ وَمَا الْمُحَرَّمُ؟ (يَقُولُهَا ثَلَاثاً)، هَيْهَاتَ هَيْهَاتَ، يُقْتَلُ النَّاسُ فِيهَا هَرْجاً هَرْجاً. قُلْنَا: وَمَا الصَّيْحَةُ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: هَدَّةٌ فِي النِّصْفِ مِنْ رَمَضَانَ لَيْلَةَ جُمُعَةٍ؛ فَتَكُونُ هَدَّةٌ تُوقِظُ النَّائِمَ، وَتُقْعِدُ الْقَائِمَ، وَتُخْرِجُ الْعَوَاتِقَ مِنْ خُدُورِهِنَّ فِي لَيْلَةِ جُمُعَةٍ، فِي سَنَةٍ كَثِيرَةِ الزَّلَازِلِ. فَإِذَا صَلَّيْتُمُ الْفَجْرَ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ؛ فَادْخُلُوا بُيُوتَكُمْ، وَأغْلِقُوا أبْوَابَكُمْ، وَسُدُّوا كُوَاكُمْ، وَدِثِّرُوا أَنْفُسَكُمْ، وَسُدُّوا آذَانَكُمْ، فَإِذَا أحسَسْتُمْ بِالصَّيْحَةِ فَخِرُّوا لِلَّهِ سُجَّداً، وَقُولُوا: سُبْحَانَ الْقُدُّوسِ، سُبْحَانَ الْقُدُّوسِ، رَبُّنَا الْقُدُّوسُ؛ فَإِنَّه مَنْ فَعَلَ ذَلِكَ؛ نَجَا، وَمَنْ لَمْ يَفْعَلْ ذَلِكَ؛ هَلَكَ)) [نعيم ابن حماد في ((الفتان))، ((الضعيفة)) (6471)]

(Palsu)
Daripada Ibn Mas’ud RA beliau berkata: Daripada Nabi SAW baginda berkata: “Apabila muncul suara jeritan pada bulan Ramadan, maka ia menunjukkan akan berlaku huru-hara pada bulan Syawal, kabilah – kabilah saling bermusuhan di bulan Zulkaedah, berlaku pertumpahan darah pada bulan Zulhijjah dan Muharram. Apa itu Muharram? Baginda mengulanginya 3 kali. Aduhai, aduhai, manusia terbunuh padanya beramai-ramai. Kami bertanya: Suara apakah itu wahai Rasulullah? Bagind menjawab: Akan muncul suara yang kuat di pertengahan Ramadhan pada malam Jumaat, mengejutkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari biliknya. Bahkan, pada malam Jumaat di tahun itu terjadinya banyak gempa. Jika kamu telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, maka masuklah ke rumah kamu, tutuplah pintu, sumbatlah lubang-lubangnya dan selimutilah diri kamu dan sumbatlah telingamu. Jika kamu merasakan adanya suara pekikan, maka bersujudlah kepada Allah dan ucapkanlah: Maha Suci Allah al-Quddus, Maha Suci Allah al-Quddus, Tuhan kami al-Quddus kerana barangsiapa melakukan hal itu akan berjaya dan barangsiapa yang tidak melakukan perkara itu, nescaya akan binasa.”
[Riwayat Nu’aim Ibn Hammad dalam al-Fitan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6471]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs