Apabila Nabi SAW berkorban, Baginda akan membeli dua ekor bebiri yang berisi, bertanduk dan berbelang putih hitam

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا ضحى اشترى كبشين سمينين أقرنين أملحين فإذا صلى وخطب أتي بأحدهما وهو قائم في مصلاه فذبحه. ثم قال: اللهم هذا عن أمتى جميعا من شهد لك بالتوحيد وشهد لي بالبلاغ. ، ثم يؤتى بالآخر فيذبحه ويقول: اللهم هذا عن محمد وآل محمد. فيطعمهما جميعا للمساكين ويأكل هو وأهله منهما. قال: فلبثنا سنين ليس أحد من بنى هاشم يضحي قد كفانا الله برسول الله صلى الله عليه وسلم الغرم والمؤنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Nabi SAW berkorban, Baginda akan membeli dua ekor biri-biri yang berisi, bertanduk dan berbelang putih hitam. Selepas mendirikan solat dan khutbah, Baginda akan menyembelih salah seekor di tempat solat didirikan, kemudian Baginda mengucapkan: Wahai Allah, korban ini untuk umatku kesemua mereka yang mempersaksikan keesaan-Mu dan yang mempersaksikan bahawa aku telah menyampaikan. Kemudian Baginda didatangkan dengan seekor lagi dan menyembelihnya dengan mengucapkan : Wahai Allah, korban ini pula untuk Muhammad dan kerabat Muhammad.
Kemudian Baginda memberi makan orang-orang miskin dengan kedua-dua kambing bebiri tersebut, dan Baginda serta ahli keluarga Baginda turut makan sebahagian daripadanya. Bertahun-tahun, tiada seorang pun keturunan Hashim yang menyembelih korban, Allah telah mencukupkan kami dengan Rasulullah SAW yang telah melangsaikan hutang dan tanggungjawab kami.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1081, hadis nombor 5505. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن أبي رافع رضي الله عنه قال: كَانَ إِذَا ضَحَّى؛ اشْتَرَى كَبْشَيْنِ سَمِينَيْنِ أَقْرَنَيْنِ أَمْلَحَيْنِ فَإِذَا صَلَّى وَخَطَبَ أُتي بِأَحَدِهِمَا وَهُوَ قَائِمٌ فِي مُصَلاهُ فَذَبَحَهُ ثُمَّ قال اللَّهُمَّ هَذَا عَنْ أُمَّتِى جَمِيعًا مَنْ شَهِدَ لَكَ بِالتَّوْحِيدِ وَشَهِدَ لِي بِالْبَلاَغِ. ثُمَّ يُؤْتَى بِالآخَرِ فَيَذْبَحُهُ ويَقُولُ: اللَّهُمَّ هَذَا عَنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ. فيُطْعِمُهُمَا جميعًا للْمَسَاكِينَ وَيَأْكُلُ هُوَ وَأَهْلُهُ مِنْهُمَا. قال: فَلبِثْنَا سِنِينَ لَيْسَ أَحَدٌ مِنْ بَنِى هَاشِمٍ يُضَحِّي. قَدْ كَفَانَا اللَّهُ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْغَرْمَ وَالْمُؤْنَةَ. [الطحاوي، ك، هق، هب، حم، البزار، طب، الضعيفة (6461)]

(Munkar dengan teks selengkap ini): Daripada Abu Rafi‘ RA berkata: Apabila Nabi SAW berkorban, Baginda akan membeli dua ekor bebiri yang berisi, bertanduk dan berbelang putih hitam. Selepas mendirikan solat dan khutbah, Baginda akan menyembelih salah seekor di tempat solat didirikan, kemudian Baginda mengucapkan: Wahai Allah, korban ini untuk umatku kesemua mereka yang mempersaksikan keesaan-Mu dan yang mempersaksikan bahawa aku telah menyampaikan. Kemudian Baginda didatangkan dengan seekor lagi dan menyembelihnya dengan mengucapkan : Wahai Allah, korban ini pula untuk Muhammad dan kerabat Muhammad.
Kemudian Baginda memberi makan orang-orang miskin dengan kedua-dua kambing bebiri tersebut, dan Baginda serta ahli keluarga Baginda turut makan sebahagian daripadanya. Bertahun-tahun, tiada seorang pun keturunan Hashim yang menyembelih korban, Allah telah mencukupkan kami dengan Rasulullah SAW yang telah melangsaikan hutang dan tanggungjawab kami. [Riwayat al-Tahawi dalam Sharh Ma‘ani al-Athar, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Kubra dan Shu‘ab al-Iman, Ahmad dalam al-Musnad, al-Bazzar dalam al-Musnad dan al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 6461]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs