Apabila panji-panji hitam telah keluar, maka buat baik kepada Parsi

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا خرجت الرايات السود، فاستوصوا بالفرس خيرا. فإن دولتنا معهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Apabila panji-panji hitam telah keluar, maka buat baik kepada Parsi. Sesungguhnya negara kita bersama mereka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 411-413, hadis nombor 164. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن ابن عباس. وروى عن أبي هريرة أنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم يقول: إذا أقبلت الرايات السود من قبل المشرق. فإن أولها فتنة، وأوسطها هرج، وآخرها ضلال. وفي إسنادهما مجهول ومتروك.
وروى الأزدي عن ابن مسعود مرفوعا: إذا أقبلت الرايات السود من خراسان فأتوها. فإن فيها خليفة الله المهدي. وقال ابن الجوزي: لا أصل له، وذكره في الموضوعات. قال ابن حجر في القول المسدد: لم يصب ابن الجوزي. فقد أخرجه أحمد في مسنده من حديث، وفي طريقه علي بن زيد بن جدعان، وهو ضعيف، لكنه لم يتعمد الكذب فيحكم على حديثه بالوضع إذا انفرد، فكيف، وقد توبع من طريق أخرى؟ أخرجه أحمد والبيهقي في الدلائل، من حديث أبي هريرة رفعه: يخرج من خراسان رايات سود لا يردها شيء حتى تنصب بإيليا. وفي إسناده: رشدين بن سعد وهو ضعيف.
وقد أخرج الحاكم في المستدرك من حديث ابن مسعود بلفظ: إنا أهل بيت اختار الله لنا الآخرة على الدنيا، وأنه سيلقي أهل بيتي تطريدا وتشريدا، حتى ترفع رايات سود من المشرق. فيسألون الحق فلا يعطونه. فيقاتلون فينتصرون، فمن أدركهم منكم أو من أعقابكم فليأت إمام أهل بيتي ولو حبوا على الثلح. فإنها رايات هدى يدفعونها إلى رجل من أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي، واسم أبيه اسم أبي، فيملؤها قسطا وعدلا، كما ملئت جورا وظلما. وروى نحوه أبو الشيخ في الفتن.
وروى الخطيب عن ثوبان مرفوعا: ويل لأمتي من بني العباس إلى أن قال: هلاكهم على يد رجل من أهل بيت هذه. وأشار إلى أم حبيبة، وفي إسناده: منكر ومتروك.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Ibn Abbas.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apabila panji-panji hitam datang dari arah timur, maka sesungguhnya awalnya adalah fitnah, pertengahannya adalah kebingungan, penghujungnya adalah kesesatan.
Pada sanadnya terdapat perawi yang majhul (tidak dikenali) dan matruk (ditinggalkan).
Al-Azdi meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila panji-panji hitam datang dari arah Khurasan, maka datangilah ia. Kerana sesungguhnya padanya ada khalifah Allah al-Mahdi (yang diberikan petunjuk).
Ibn al-Jauzi berkata: Tiada asal baginya dan dia menyebutkannya dalam al-Maudhu’at.
Ibn Hajar berkata dalam al-Qaul al-Musaddad: Pendapat Ibn al-Jauzi tidak benar. Ia telah diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya. Pada jalurnya terdapat Ali bin Zaid bin Jad’an, seorang yang dhaif. Tetapi dia bukan sengaja berdusta lalu dihukum hadithnya sebagai palsu jika dia bersendirian. Bagaimana begitu kerana ia mempunyai riwayat sokongan dari sanad yang lain. Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Baihaqi dalam al-Dalail daripada hadith Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akan keluar dari Khurasan panji-panji hitam yang tidak ada sesuatupun yang menolaknya sehingga ia didirikan di Iliya’ (Baitulmaqdis).
Pada sanadnya terdapat Risydin bin Sa’ad, seorang perawi yang dhaif.
Al-Hakim telah meriwayatkan dalam al-Mustadrak daripada hadith Ibn Mas’ud dengan lafaz: Kami adalah Ahl al-Bait, Allah telah memilih untuk kami akhirat berbanding dunia, dan bahawasanya Ahl al-Baitku akan dilemparkan dalam keadaan dihalau dan diusir, sehingga diangkat panji-panji hitam dari timur. Mereka akan meminta kebenaran tetapi mereka tidak memberikannya. Mereka akan berperang dan menang. Sesiapa yang sempat berjumpa dengan mereka daripada kalangan kamu atau anak cucu kamu, maka datangilah imam dari kalangan ahli keluargaku walaupun merangkak di atas salji. Kerana sesungguhnya ia adalah panji-panji hidayah yang mereka berikan kepada seorang lelaki daripada Ahl al-Baitku yang sama namanya dengan namaku, serta nama ayahnya dengan ayahku. Lalu dia mengisinya dengan kesaksamaan dan keadilan, sebagaimana ketidakadilan dan kezaliman diisi.
Diriwayatkan oleh Abu al-Syaikh dengan seumpamanya dalam al-Fitan.
Al-Khatib meriwayatkan daripada Thauban secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Malang sungguh umatku daripada kalangan bani al-Abbas sehingga kata-katanya: Mereka akan musnah di tangan seorang lelaki daripada Ahl al-Bait ini. Lalu dia mengisyaratkan kepada Ummu Habibah. Pada sanadnya terdapat perawi yang munkar dan matruk (ditinggalkan riwayatnya).

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs