Apabila seorang wanita itu hamil maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa

TEKS BAHASA ARAB

إذا حملت المرأة؛ فلها أجر الصائم القائم القانت المخبت المجاهد في سبيل الله عز وجل، فإذا ضربها الطلق؛ فلا يدري أحد من الخلائق ما لها من الأجر، فإذا وضعت؛ فلها بكل وضعة عتق نسمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang wanita itu hamil, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa, orang yang taat, tunduk patuh dan berjihad di jalan Allah Azzawajalla. Apabila jatuh (pecah) air ketuban, tiada satu makhluk pun yang tahu betapa besar pahalanya, jika dia melahirkan, setiap yang lahir itu pahala sama seperti memerdekakan hamba.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 948, hadis nombor 4889. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا حملت المرأة؛ فلها أجر الصائم القائم القانت المخبت المجاهد في سبيل الله عز وجل، فإذا ضربها الطلق؛ فلا يدري أحد من الخلائق ما لها من الأجر، فإذا وضعت؛ فلها بكل وضعة عتق نسمة)).
[عد، ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (5085)].

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seorang wanita itu hamil, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa, orang yang taat, tunduk patuh dan berjihad di jalan Allah Azzawajalla. Apabila jatuh (pecah) air ketuban, tiada satu makhluk pun yang tahu betapa besar pahalanya, jika dia melahirkan, setiap yang lahir itu pahala sama seperti memerdekakan hamba.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa, Ibn Hibban; al-Dhua’fa’, Ibn al-Jauzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.5085].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs