Apabila seseorang kamu meninggal dunia, maka janganlah mereka menahannya

TEKS BAHASA ARAB

إذا مات أحدكم فلا تحبسوه، وأسرعوا به إلى قبره، وليقرأ عند رأسه بفاتحة الكتاب، وعند رجليه بخاتمة البقرة في قبره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang kamu meninggal dunia, maka janganlah mereka menahannya, sebaliknya segerakanlah jenazah ke kuburnya dan bacakanlah di bahagian kepalanya surah al-Fatihah dan di bahagian kedua kakinya penutup surah al-Baqarah dalam kuburnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1473, hadis nombor 7508. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عمر – رضي الله عنهما -: سمعت النبي – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((إذا مات أحدكم فلا تحبسوه، وأسرعوا به إلى قبره، وليقرأ عند رأسه بفاتحة الكتاب، وعند رجليه بخاتمة البقرة في قبره)). [طب، هب، ((الضعيفة)) (4140)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, katanya: Aku pernah mendengar Nabi SAW bersabda: Apabila seseorang kamu meninggal dunia, maka janganlah mereka menahannya, sebaliknya segerakanlah jenazah ke kuburnya dan bacakanlah di bahagian kepalanya surah al-Fatihah dan di bahagian kedua kakinya penutup surah al-Baqarah dalam kuburnya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Bayhaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4140]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs