Apabila tiba hari Jumaat, panji kepujian akan dihantar kepada malaikat untuk dibawa ke masjid yang didirikan dalamnya solat Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم الجمعة دفع إلى الملائكة ألوية الحمد إلى كل مسجد يجمع فيه ويحضر جبريل المسجد الحرام، مع كل ملك كتاب ووجوههم كالقمر ليلة البدر معهم أقلام من ذهب وقراطيس فضة يكتبون الناس على منازلهم، فمن جاء قبل الإمام كتب من السابقين، ومن جاء بعد الإمام كتب شهد الخطبة، ومن جاء حين تقام الصلاة كتب شهد الجمعة، فإذا سلم الإمام تصفح الملك وجوه القوم، فإذا فقد الملك منهم رجلا كان فيما خلا من السابقين قال: يا رب إنا قد فقدنا فلانا ولسنا ندري ما خلفه اليوم فإن كنت قبضته فارحمه، وإن كان مريضا فاشفه، وإن كان مسافرا فأحسن صحابته، ويؤمن من معه من الكتاب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila tiba hari Jumaat, panji kepujian akan dihantar kepada malaikat untuk dibawa ke masjid yang didirikan dalamnya solat Jumaat, manakala Jibrail akan pergi ke masjid Masjidil Haram. Setiap malaikat akan membawa sebuah buku catatan, wajah mereka umpama bulan mengambang. Bersama mereka pena-pena dari perak dan lembaran-lembaran dari perak. Mereka mencatat status orang yang datang berdasarkan tempat duduk mereka.
Sesiapa yang datang sebelum imam, akan ditulis dari kalangan orang-orang awal. Dan sesiapa yang datang selepas imam, dicatat mendengar khutbah. Sesiapa yang datang ketika solat sedang didirikan, dicatat menyertai solat Jumaat. Apabila imam memberi salam, malaikat tersebut membelek wajah-wajah orang yang hadir.
Apabila malaikat menyedari ada orang yang pernah datang awal sebelum ini tidak ada, dia berdoa, “Wahai Tuhan, Kami tidak menemui si polan dan kami tidak tahu apa yang menghalangnya untuk datang Jumaat hari ini. Sekiranya Engkau telah mengambil rohnya, maka kasihanilah dia. Sekiranya dia sakit, Kau sembuhkanlah dia. Sekiranya dia bermusafir, maka Kau temanilah dia.” Para malaikat pencatat yang bersamanya mengaminkan doanya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 302, hadis nombor 1599. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: إذا كان يوم الجمعة دفع إلى الملائكة ألوية الحمد إلى كل مسجد يجمع فيه، ويحضر جبريل المسجد الحرام، مع كل ملك كتاب، ووجوههم كالقمر ليلة البدر معهم أقلام من ذهب وقراطيس فضة يكتبون الناس على منازلهم، فمن جاء قبل الإمام كتب: من السابقين، ومن جاء بعد خروج الإمام كتب: شهد الخطبة، ومن جاء حتى تقام الصلاة كتب: شهد الجمعة، فإذا سلم الإمام تصفح الملك وجوه القوم، فإذا فقد الملك منهم رجلا كان فيما خلا من السابقين قال: يا رب إنا قد فقدنا فلانا ولسنا ندري ما خلفه اليوم فإن كنت قبضته فارحمه، وإن كان مريضا فاشفه، وإن كان مسافرا فأحسن صحابته، ويؤمن من معه من الكتاب. [الأصفهاني ، ((الضعيفة)) (5162)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila tiba hari Jumaat, panji kepujian akan dihantar kepada malaikat untuk dibawa ke masjid yang didirikan dalamnya solat Jumaat, manakala Jibrail akan pergi ke masjid Masjidil Haram. Setiap malaikat akan membawa sebuah buku catatan, wajah mereka umpama bulan mengambang. Bersama mereka pena-pena dari emas dan lembaran-lembaran dari perak. Mereka mencatat status orang yang datang berdasarkan tempat duduk mereka.
Sesiapa yang datang sebelum imam, akan ditulis dari kalangan orang-orang awal. Dan sesiapa yang datang selepas Imam, dicatat mendengar khutbah. Sesiapa yang datang ketika solat sedang didirikan, dicatat menyertai solat Jumaat. Apabila imam memberi salam, malaikat tersebut membelek wajah-wajah orang yang hadir.
Apabila malaikat menyedari ada orang yang pernah datang awal sebelum ini tidak ada, dia berdoa, “Wahai Tuhan, Kami tidak menemui si fulan dan kami tidak tahu apa yang menghalangnya untuk datang Jumaat hari ini. Sekiranya Engkau telah mengambil rohnya, maka kasihanilah dia. Sekiranya dia sakit, Kau sembuhkanlah dia. Sekiranya dia bermusafir, maka Kau temanilah dia.” Para malaikat pencatat yang bersamanya mengaminkan doanya. [Riwayat Al-Asfahani dalam al-Targhib. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5162]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs