Apabila umat Islam membenci para ulama mereka

TEKS BAHASA ARAB

إذا أبغض المسلمون علماءهم وفي رواية : قراءهم وأظهروا عمارة أسواقهم وتناكحوا والرواية الأخرى: وتالبوا على جمع الدراهم رماهم الله عز وجل بأربع خصال : بالقحط من الزمان والجور من السلطان والخيانة من ولاة الأحكام والصولة وفي الرواية : والشوكة من العدو.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila umat Islam membenci para ulama mereka (dalam satu riwayat: Para qari mereka), dan menzahirkan pengimarahan pasar-pasar mereka, serta mereka saling bergabung (dan Riwayat yang lain: Mereka saling membantu) dalam mengumpulkan Dirham, maka Allah ‘Azza Wa Jalla akan mencampakkan kepada mereka dengan empat perkara: kemarau, kezaliman daripada pemerintah, pengkhianatan daripada penguasa, serta serangan (dalam satu riwayat: tentangan) daripada musuh.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 139, hadis nombor 697. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: إذا أبغض المسلمون علماءهم وفي رواية : قراءهم وأظهروا عمارة أسواقهم وتناكحوا والرواية الأخرى: وتالبوا على جمع الدراهم رماهم الله عز وجل بأربع خصال: بالقحط من الزمان والجور من السلطان والخيانة من ولاة الأحكام والصولة وفي الرواية : والشوكة من العدو. [ك، فر، الضعيفة (6609)]

(Munkar) Daripada ‘Alī ibn Abī Ṭālib RA secara marfū‘: Apabila umat Islam membenci para ulama mereka (dalam satu riwayat: Para qari mereka), dan menzahirkan pengimarahan pasar-pasar mereka, serta mereka saling bergabung (dan Riwayat yang lain: Mereka saling membantu) dalam mengumpulkan Dirham, maka Allah ‘Azza Wa Jalla akan mencampakkan kepada mereka dengan empat perkara: kemarau, kezaliman daripada pemerintah, pengkhianatan daripada penguasa, serta serangan (dalam satu riwayat: tentangan) daripada musuh. [Diriwayatkan oleh al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6609)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs