Apakah yang aku perlu pinjamkan kepada Allah wahai Rasulullah?

TEKS BAHASA ARAB

يا عبد الرحمن! إنك من الأغنياء، ولن تدخل الجنة إلا زحفاً، فأقرض الله يطلق قدمك. فقال عبد الرحمن: ما الذي أقرض أو أخرج؟ (وفي رواية: وما الذي أقرض الله يا رسول الله! قال: تبدأ بما أمسيت فيه. قال: أمن كله أجمع يا رسول الله!؟ قال: نعم) ، وخرج عبد الرحمن [وهو يهم بذلك]، فبعث إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: [إن جبريل قال:] مر عبد الرحمن فليضف الضيف، وليطعم المسكين، وليعط السائل، [ويبدأ ‌بمن ‌يعول]، فإن ذلك يجزيه من كثيرٍ مما هو فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai ‘Abd al-Rahman! Sesungguhnya engkau adalah seorang yang kaya, engkau tidak akan masuk syurga kecuali dalam keadaan merangkak. Berikan pinjaman kepada Allah nescaya Allah akan melepaskan kakimu. Lalu ‘Abd al-Rahman berkata: Apakah yang perlu aku pinjamkan atau keluarkan? (Dalam riwayat: Apakah yang aku perlu pinjamkan kepada Allah wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Engkau mulakan dengan apa yang engkau ada pada waktu petang. Dia berkata: Adakah aku harus mengumpulkan semuanya wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Ya.) Lalu ‘Abd al-Rahman keluar [dengan berniat untuk melakukan perkara tersebut]. Rasulullah mengutuskan seseorang kepada Abd al-Rahman dan baginda berkata: [Sesungguhnya Jibril berkata:] Perintahkan Abd al-Rahman supaya dia menerima (melayan) tetamu, memberi makan kepada orang miskin, memberi kepada orang yang meminta, [dan mulakan dengan orang dibawah tanggungannya]. Itu semua memadai untuknya daripada banyak harta yang dia ada padanya.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 717, hadis nombor 3662. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا، بل موضوع)
عن عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه، قال: قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا عبد الرحمن! إنك من الأغنياء، ولن تدخل الجنة إلا زحفاً، فأقرض الله يطلق قدمك. فقال عبد الرحمن: ما الذي أقرض أو أخرج؟ (وفي رواية: وما الذي أقرض الله يا رسول الله! قال: تبدأ بما أمسيت فيه. قال: أمن كله أجمع يا رسول الله!؟ قال: نعم) ، وخرج عبد الرحمن [وهو يهم بذلك]، فبعث إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: [إن جبريل قال:] مر عبد الرحمن فليضف الضيف، وليطعم المسكين، وليعط السائل، [ويبدأ ‌بمن ‌يعول]، فإن ذلك يجزيه من كثيرٍ مما هو فيه.
[ك، ابن سعد، البزار، حل، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6593)]

(Sangat Munkar, bahkan Palsu)
Daripada ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf RA berkata: Rasulullah SAW berkata kepadaku: Wahai ‘Abd al-Rahman! Sesungguhnya engkau adalah seorang yang kaya, engkau tidak akan masuk syurga kecuali dalam keadaan merangkak. Berikan pinjaman kepada Allah nescaya Allah akan melepaskan kakimu. Lalu ‘Abd al-Rahman berkata: Apakah yang perlu aku pinjamkan atau keluarkan? (Dalam riwayat: Apakah yang aku perlu pinjamkan kepada Allah wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Engkau mulakan dengan apa yang engkau ada pada waktu petang. Dia berkata: Adakah aku harus mengumpulkan semuanya wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Ya.) Lalu ‘Abd al-Rahman keluar [dengan berniat untuk melakukan perkara tersebut]. Rasulullah mengutuskan seseorang kepada Abd al-Rahman dan baginda berkata: [Sesungguhnya Jibril berkata:] Perintahkan Abd al-Rahman supaya dia menerima (melayan) tetamu, memberi makan kepada orang miskin, memberi kepada orang yang meminta, [dan mulakan dengan orang dibawah tanggungannya]. Itu semua memadai untuknya daripada banyak harta yang dia ada padanya.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat, al-Bazzar dalam al-Musnad, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6593]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs