Neraka jahanam mengelilingi dunia

TEKS BAHASA ARAB

جَهَنَّمُ تُحِيطُ بالدُّنْيا والجَنَةُ مِنْ وَرائِها فَلِذَلِكَ صارَ الصِّراطُ على جَهَنَّمَ طَرِيقاً إِلَى الجَنَّةِ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Neraka jahanam mengelilingi dunia, syurga pula berada di sebaliknya. Oleh kerana itu, titian sirat berada di atas neraka jahanam sebagai jalan ke syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 31, hadis nombor 145. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith ini adalah palsu, Hamzah bin Ziyad al-Tusi telah mereka-reka hadith tersebut pada sangkaan saya.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs