Nabi Allah Sulayman pernah bangun dari tempat solatnya

TEKS BAHASA ARAB

كان سليمان نبي الله عليه السلام إذا قام في مصلاه رأى شجرة ثابتة بين يديه، فيقول: ما اسمك؟ فتقول: كذا، فيقول: لأي شيء أنت؟ فتقول: لكذا وكذا، فإن كانت لدواء كتب، وإن كان لغرس غرست، فبينما هو يصلي يوما إذ رأى شجرة ثابتة بين يديه، فقال؟ ما اسمك؟ قالت: الخرنوب، قال: لأي شيء أنت؟ قالت: لخراب هذا البيت، قال سليمان عليه السلام: اللهم عم على الجن موتي حتى يعلم الإنس أن الجن لا تعلم الغيب، قال: فتحتها عصا فتوكأ [حولا ميتا والجن تعمل]، قال: فأكلها الأرضة فسقط، فخر، فوجوده ميتا حولا، فتبينت الإنس أن الجن لوكانوا يعلمون الغيب ما لبثوا حولا في العذاب المهين، وكان ابن عباس يقرؤها هكذا، فشكرت الجن الأرضة، فكانت تأتيها بالماء حيث كانت

 

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi Allah Sulayman pernah bangun dari tempat solatnya lalu dia melihat sepohon pokok yang teguh di hadapannya. Lalu dia berkata: Siapakah namamu? Jawabnya: sebegini. Maka baginda bertanya lagi: Untuk apa kamu? Jawabnya: Untuk itu dan ini, sekiranya sebagai penyembuh maka jadilah ia dan sekiranya untuk penanaman maka tertanamlah. Ketika baginda sedang solat pada suatu hari, dia melihat satu pohon yang teguh di hadapannya. Lalu baginda berkata: Siapakah namamu? Jawabnya: al-Kharnub. Maka baginda bertanya lagi: Untuk apa kamu? Jawabnya: Untuk merosakkan rumah ini (masjid). Sulayman AS berkata: Ya Allah! Rahsiakanlah berita kematianku daripada pengetahuan jin supaya manusia mengetahui bahawa sesungguhnya jin tidak mengetahui tentang perkara yang ghaib. Kemudian Baginda membuat satu tongkat lalu bersandar padanya dan baginda pun wafat selama setahun dalam keadaan bersandar pada tongkat itu dan jin masih lagi berkerja. Baginda berkata: Maka anai-anai telah memakan tongkat lalu baginda a.s terjatuh dan tumbang. Maka mereka (jin-jin) mendapati Baginda sebenarnya telah wafat selama setahun. Ini menggambarkan kepada manusia bahawa jin jika mengetahui alam ghaib tidaklah mereka menyeksa diri berkerja (kerana takut akan perintah Nabi Sulayman)-Inilah seperti yang dibaca oleh Ibn Abbas- Maka jin berterima kasih kepada anai-anai kerana ia datang kepada tongkat dengan air sepertimana dikehendaki.

 

STATUS

Lemah secara marfu’

 

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1668, hadis nombor 8418. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin Abbas RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Dhiya’, Ibn Jarir, Ibn Abi Hatim dan Ibn Asakir.

Ia dinilai lemah (secara marfu’) oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Ia adalah kalam Ibn Abbas.

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs