Hendaklah kamu berkawin dengan hamba-hamba perempuan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: اتخذوا السراري، فإنهن مباركات الأرحام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Hendaklah kamu berkawin dengan hamba-hamba perempuan kerana rahim-rahim mereka diberkati.

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 30, hadis nombor 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال العقيلي: لا يصح في السراري عن النبي – صلى الله عليه وسلم – شيء.

Al-‘Uqaily berkata: Tidak sahih tentang kelebihan mengambil hamba perempuan daripada Nabi satu hadith pun.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs