Bila mana Allah menurunkan Adam ke bumi, baginda bangun menghadap Kaabah dan mendirikan solat sebanyak dua rakaat

TEKS BAHASA ARAB

لَمَّا أَهْبَطَ اللَّهُ آدَمَ إِلَى الْأَرْضِ، قَامَ وِجَاهَ الْكَعْبَةِ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ، فَأَلْهَمَهُ اللَّهُ هَذَا الدُّعَاءِ: اللَّهُمَّ! إِنَّكَ تَعْلَمُ سَرِيرَتِي وَعَلَانِيَتِي، فَاقْبَلْ مَعْذِرَتِي، وَتَعْلَمُ حَاجَتِي، فَأَعْطِنِي سُؤْلِي، وَتَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي ذَنْبِي. اللَّهُمَّ! إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيمَاناً يُبَاشِرُ قَلْبِي، وَيَقِيناً صَادِقاً حَتَّى أَعْلَمُ أَنَّهُ لَا يُصِيبُنِي إِلَّا مَا كَتَبْتَ لِي، وَرِضاً بِمَا قَسَمْتَ لِي! فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ: يَا آدَمُ! إِنِّي قَدْ قَبِلْتُ تَوْبَتَكَ، وَغَفَرْتُ لَكَ ذَنْبِكَ، وَلَنْ يَدْعُنِي أَحَدٌ بِهَذَا الدُّعَاءِ إِلَّا غَفَرْتُ لَهُ ذَنْبَهُ، وَكَفَيْتُهُ الْمُهِمَّ مِنْ أَمْرِهِ، وَزَجَرْتُ عَنْهُ الشَّيْطَانَ، وَاتْجَرْتُ لَهُ مِنْ وَرَاءِ كُلِّ تَاجِرٍ، وَأَقْبَلَتْ إِلَيْهِ الدُّنْيَا رَاغِمَةً، وَإِنْ لَمْ يُرِدْهَا


TEKS BAHASA MALAYSIA

Bila mana Allah menurunkan Adam ke bumi, baginda bangun menghadap Kaabah dan mendirikan solat sebanyak dua rakaat. Lalu Allah mengilhamkan kepadanya doa yang berikut: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau mengetahui rahsiaku dan apa yang zahir padaku maka terimalah permintaan maafku. Engkau mengetahui keperluanku, maka berilah aku permintaanku. Engkau tahu apa yang ada pada diriku maka ampunilah dosaku. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu iman yang terbuku di dalam hatiku dan keyakinan yang hakiki supaya aku tahu bahawa tidak ada yang akan terjadi padaku melainkan apa yang telah Engkau tuliskan untukku dan redha terhadap apa yang Engkau telah bahagikan untukku. Lalu Allah memberinya wahyu: Wahai Adam! Sesungguhnya Aku telah menerima taubat kamu, dan telah Aku ampunkan dosa kamu dan tidak ada orang yang berdoa kepada-Ku begini melainkan Aku mengampunkan baginya dosanya dan mencukupkan perkara penting dalam urusannya, Aku akan mencegah syaitan daripadanya, serta Aku akan memberinya rezeki di sebalik setiap peniaga, dan dunia akan datang kepada dalam keadaan hina walaupun dia tidak menghendakinya.


STATUS

Munkar


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1710-1711, hadis nombor 8604. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis ‘Aisyah RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat dan Ibn Asakir.

Ia dinilai munkar oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs