Wahai Rasulullah! Tetapkanlah harga untuk kami

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إنه غلا السعر، فقالوا: يا رسول الله! سعر لنا؟ فقال: الله المسعر.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya telah melonjak harga, maka sahabat berkata kepada Nabi SAW: Wahai Rasulullah! Tetapkanlah harga untuk kami. Baginda menjawab: Allahlah penetap harga.


STATUS

Sabit


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 145, hadis nombor 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


ذكره في الوجيز عن علي مرفوعا. وقد ذكره ابن الجوزي في الموضوعات وهذا أحد ألفاظ الحديث السابق وقد تقدم ثبوته من غير حديثه.

Pengarang kitab al-Wajiz menyebutnya daripada Ali secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi).
Ibn al-Jauzi telah menyebutkannya dalam Kitab al-Maudhu’at dan ini adalah salah satu lafaz hadith sebelum ini, dan telah berlalu (sebelum ini) kesahihannya daripada selain hadithnya.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs