Sesungguhnya Umar telah datang, solat pun didirikan dan terdapat tiga orang yang sedang duduk

TEKS BAHASA ARAB

أن عمر بن الخطاب رضي الله عنه جاء والصلاة قائمة؛ وثلاثة نفر جلوس؛ أحدهم أبو جحش الليثي. قال: قوموا فصلوا مع رسول الله – صلى الله عليه وسلم -. فقام اثنان، وأبى أبو جحش أن يقوم، فقال له عمر: صل يا أبا جحش! مع النبي – صلى الله عليه وسلم -. قال: لا أقوم حتى يأتيني رجل هو أقوى مني ذراعاً، وأشد مني بطشاً، فيصرعني، ثم يدس وجهي في التراب. قال عمر: فقمت إليه، فكنت أشد منه ذراعاً، وأقوى منه بطشاً، فصرعته ثم دسست وجهه في التراب، فأتى علي عثمان فحجزني. فخرج عمر بن الخطاب مغضباً، حتى انتهى إلى النبي – صلى الله عليه وسلم -، فلما رآه النبي – صلى الله عليه وسلم – ورأى الغضب في وجهه؛ قال: “ما رابك يا أبا حفص؟ “. فقال: يا رسول الله! أتيت على نفر جلوس على باب المسجد وقد أقيمت الصلاة، وفيهم أبو جحش الليثي، فقام الرجلان … (هلم يا عمر! اجلس حتى أخبرك بغنى الرب عن صلاة أبي جحش الليثي؛ إن لله في السماء الدنيا ملائكة خشوعاً، لا يرفعون رؤوسهم حتى تقوم الساعة، فإذا قامت الساعة؛ رفعوا رؤوسهم، ثم قالوا: ربنا! ما عبد ناك حق عبادتك) . ثم قال عمر: والله يا رسول الله! ما كانت معونة عثمان إياه إلا أنه ضافه ليلة، فأحب أن يشكرها له! فسمعه عثمان فقال: يا رسول الله! ألا تسمع ما يقول لنا عمر عندك؟! فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: “إن رضى عمر رحمة الله! لوددت أنك كنت جئتني برأس الخبيث”. فقام عمر. فلما بعد ناداه النبي – صلى الله عليه وسلم – فقال: “هلم يا عمر! أين أردت أن تذهب؟ “. فقال: أردت أن آتيك برأس الخبيث. فقال: “اجلس حتى أخبرك بغنى الرب عن صلاة أبي جحش الليثي؛ إن لله في السماء الدنيا ملائكة خشوعاً، لا يرفعون رؤوسهم حتى تقوم الساعة، فإذا قامت الساعة؛ رفعوا رؤوسهم، ثم قالوا: ربنا! ما عبد ناك حق عبادتك). ” الحديث. فقال له عمر بن الخطاب رضي الله عنه: وما يقولون يا رسول الله؟! قال: “أما أهل السماء الدنيا فيقولون: سبحان ذي الملك والملكوت. وأما أهل السماء الثانية فيقولون: سبحان الحي الذي لا يموت؛ فقلها يا عمر! في صلاتك”. فقال: يا رسول الله! فكيف بالذي علمتني وأمرتني أن أقوله في صلاتي؟ قال: “قل هذه مرة، وهذه مرة”. وكان الذي أمر به أن قال: “أعوذ بعفوك من عقابك، وأعوذ برضاك من سخطك، وأعوذ بك منك، جل وجهك”.

 

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Umar telah datang, solat pun didirikan dan terdapat tiga orang yang sedang duduk. Salah seorang daripada mereka ialah Abu Jahsh al-Laithi. Kata Umar: Bangunlah kamu semua dan solatlah bersama Rasulullah SAW. Lalu berdiri dua orang dan Abu Jahsh tidak mahu bangun. Kata Umar: Solatlah wahai Abu Jahsh! Bersama Nabi SAW. Katanya: Aku tidak akan bangun sehingga datang kepadaku seorang lelaki yang lebih kuat daripadaku (lebih besar) dan lebih hebat daripadaku untuk aku bertarung dengannya. Kemudian dia akan meletakkan kepalaku di tanah. Kata Umar: Aku bangun kepadanya kerana aku lebih kuat daripadanya (lebih besar) dan lebih hebat daripadanya, aku bertarung dengannya. Kemudian aku ingin meletakkan kepalanya di tanah, tiba-tiba datang kepadaku Uthman lalu dia menghalangku. Kemudian Umar keluar dalam keadaan yang marah sehingga sampai berita ini kepada Nabi SAW. Apabila Nabi SAW melihatnya dan Baginda melihat kemarahan di wajahnya, Baginda berkata (kepada Umar): Apa yang mengganggu fikiranmu wahai Abu Hafs? Dia berkata: Wahai Rasulullah! Aku mendatangi beberapa orang yang sedang duduk di pintu masjid dan solat telah didirikan, di antara mereka ialah Abu Jahsh al-Laithi. Maka dua daripadanya bangun… (ulang hadith seperti di atas). Kemudian Umar berkata: Demi Allah wahai Rasulullah! Apakah bantuan Uthman kepadanya melainkan dia telah melayaninya sebagai tetamu selama satu malam. Maka dia (Uthman) ingin berterima kasih kepadanya. Uthman mendengar apa yang diceritakan lalu dia berkata: Wahai Rasulullah! Tidak kamu mendengar apa yang disebutkan oleh Umar tentang kami di sisimu? Rasulullah SAW menjawab: Sekiranya Umar redha maka ia satu rahmat. Demi Allah! Aku amat suka sekiranya kamu datangkan kepadaku kepala si jijik itu. Umar terus bangun. Apabila umar sedikit jauh, Nabi SAW memanggilnya kembali, lalu berkata: Ke sini wahai Umar! Kamu ingin ke mana? Dia menjawab: Aku ingin datangkan kepadamu kepada si jijik itu. Baginda berkata: Duduklah sehingga aku ceritakan kepadamu tentang ketidakperluan Allah berkaitan solat Abi Jahsh. Sesungguhnya bagi Allah di langit dunia malaikat yang khsuyuk. Mereka tidak akan mengangkat kepala mereka sehingga berlakunya kiamat. Apabila berlakunya kiamat, mereka mengangkat kepada mereka, kemudian berkata: Tuhan Kami! Tidak ada yang menyembah-Mu sebenar-benar ibadah kepada-Mu. Umar berkata kepada Baginda: Apa yang mereka ucapkan wahai Rasulullah! Jawab Baginda: Adapun penduduk langit dunia berkata: Maha Suci Allah yang mempunyai pemerintahan dan memiliki semua perkaranya. Adapun penduduk langit kedua berkata: Maha suci Allah yang Maha hidup dan tidak mati. Sebutlah ia wahai Umar di dalam solatmu. Umar berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimana dengan yang mengajarkan aku serta memerintahkan aku untuk aku menyebutnya di dalam solatku? Jawab Baginda: Sebutlah ini sekali dan itu sekali. Adapun apa yang Nabi perintahkan Umar dengannya ialah Baginda berkata: Aku memohon perlindungan dengan keampunan-Mu daripada hukuman-Mu, aku memohon perlindungan dengan keredhaan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan aku memohon perlindungan dengan-Mu kemuliaan wajah-Mu.

 

STATUS

Lemah

 

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1691-1692, hadis nombor 8530. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin Umar RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman.

Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs