Bacaan al-Qur'an kamu secara melihat (pada mushaf) berganda pahala bagi kamu berbanding bacaan kamu secara zahir (tanpa melihat mushaf)

TEKS BAHASA ARAB

قراءتك القرآن نظرا تضعف لك على قراءتك ظاهرا؛ كفضل المكتوبة على النافلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bacaan al-Qur’an kamu secara melihat (pada mushaf) berganda pahala bagi kamu berbanding bacaan kamu secara zahir (tanpa melihat mushaf), seperti kelebihan amalan wajib berbanding amalan sunat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1476, hadis nombor 7522. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمرو بن أوس مرفوعا: ((قراءتك القرآن نظرا تضعف لك على قراءتك ظاهرا؛ كفضل المكتوبة على النافلة)). [المحاملي في ((المجلس الخمسون)), ((الضعيفة)) (4053)]

(Lemah)
Daripada ‘Amr bin Aws RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bacaan al-Qur’an kamu secara melihat (pada mushaf) berganda pahala bagi kamu berbanding bacaan kamu secara zahir (tanpa melihat mushaf), seperti kelebihan amalan wajib berbanding amalan sunat.
[Riwayat al-Mahamili dalam al-Majlis al-Khamsin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4053]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs