Bacalah: Ya Allah! Tuhan yang mengecilkan benda besar dan membesarkan benda kecil, kecilkanlah apa yang menimpaku

TEKS BAHASA ARAB

قولي: اللهم مصغر الكبير، ومكبر الصغير! صغر ما بي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW pernah masuk menemuiku dan satu bisul timbul pada jariku, lalu Baginda bersabda: "Adakah kamu memiliki wangian?", Baginda pun meletakkannya di atas bisul itu dan bersabda: "Bacalah: Ya Allah! Tuhan yang mengecilkan benda besar dan membesarkan benda kecil, kecilkanlah apa yang menimpaku".

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1477, hadis nombor 7530. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن بعض أزواج النبي – صلى الله عليه وسلم – قالت: دخل علي رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وقد خرج من إصبعي بثرة فقال: ((عندك ذريرة؟)) فوضعها عليها وقال: ((قولي: اللهم مصغر الكبير، ومكبر الصغير! صغر ما بي)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (4068)]

(Lemah)
Daripada beberapa isteri Nabi SAW, katanya: Rasulullah SAW pernah masuk menemuiku dan satu bisul timbul pada jariku, lalu Baginda bersabda: "Adakah kamu memiliki wangian?", Baginda pun meletakkannya di atas bisul itu dan bersabda: "Bacalah: Ya Allah! Tuhan yang mengecilkan benda besar dan membesarkan benda kecil, kecilkanlah apa yang menimpaku".
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4068]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs