Bagi bahan galian (dikenakan zakat) sebanyak 1/10

TEKS BAHASA ARAB

في الركاز العشر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagi bahan galian (dikenakan zakat) sebanyak 1/10.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 59, hadis nombor 329. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ibn Hibban turut mengeluarkannya dalam al-Dhu’afa’, seraya beliau berkata: Sesungguhnya ia batil lagi tidak ada asalnya. Saya pula berkata: Orang yang mereka-reka hadith tersebut tidak mempunyai agama.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs