Baginda akan menyembelih seekor kambing bagi seluruh ahli keluarganya

TEKS BAHASA ARAB

كان يضحي بالشاة الواحدة عن جميع أهله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda akan menyembelih seekor kambing bagi seluruh ahli keluarganya.

STATUS

Lemah secara marfu’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 409, hadis nombor 2197. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف مرفوعاً) عن عبد الله بن هشام – رضي الله عنه – وكان قد أدرك النبي ﷺ وهو صغير، فمسح رأسه ودعا له – وقال: «كان يضحي بالشاة الواحدة عن جميع أهله». [ك، هق، «الضعيفة» (4276)].

(Lemah Secara Marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ)) Daripada Abdullah bin Hisham RA, beliau telah sempat bertemu dengan Nabi ﷺ ketika kecil, lalu baginda mengusap kepalanya dan berdoa untuknya. Beliau berkata: "Baginda akan menyembelih seekor kambing bagi seluruh ahli keluarganya". [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Bayhaqi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4276].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs