Baginda apabila melihat bulan sabit, Baginda mengucapkan: Ya Allah! Jadikanlah bulan ini masuk kepada kami

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا رأى الهلال، قال: اللهم! أهله علينا بالأمن والإيمان، والسلامة والإسلام والسكينة والعافية والرزق الحسن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda apabila melihat bulan sabit, Baginda mengucapkan: Ya Allah! Jadikanlah bulan ini masuk kepada kami dengan membawa kepada kami keamanan, iman, keselamatan, Islam, ketenangan, kesejahteraan, dan rezeki yang baik.

STATUS

Sanadnya Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1461, hadis nombor 7431. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف الإسناد) عن أبي فورة حدير السلمي – رضي الله عنه -، قال: ((كان إذا رأى الهلال، قال: اللهم! أهله علينا بالأمن والإيمان، والسلامة والإسلام والسكينة والعافية والرزق الحسن)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (3504)]

(Lemah Sanadnya)
Daripada Abu Farwah Hudair al-Sulami RA, katanya: Baginda apabila melihat bulan sabit, Baginda mengucapkan: Ya Allah! Jadikanlah bulan ini masuk kepada kami dengan membawa kepada kami keamanan, iman, keselamatan, Islam, ketenangan, kesejahteraan, dan rezeki yang baik.
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3504]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs