Baginda gemar apabila baginda berbuka puasa untuk bermula dengan susu

TEKS BAHASA ARAB

كان يستحب إذا أفطر أن يفطر على لبن، فإن لم يجد فتمر، فإن لم يجد حسا حسوات من ماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda gemar apabila baginda berbuka puasa untuk bermula dengan susu. Sekiranya tiada maka dengan kurma. Sekiranya tiada maka baginda akan menghirup beberapa hirupan air.

STATUS

Munkar dengan sebutan "susu"

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 408-409, hadis nombor 2196. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر (اللبن)) عن أنس – رضي الله عنه -: «كَانَ يستحبُّ إذا أفطرَ أنْ يُفْطِرَ عَلَى لبنٍ، فَإِنْ لَمْ يجدْ فتمر، فَإِنْ لَمْ يجدْ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ». [ابن عساكر، الضياء، «الضعيفة» (4269، 6127)].

(Munkar Dengan Sebutan "susu") Daripada Anas RA: "Baginda gemar apabila baginda berbuka puasa untuk bermula dengan susu. Sekiranya tiada maka dengan kurma. Sekiranya tiada maka baginda akan menghirup beberapa hirupan air". [Riwayat Ibn ‘Asakir dan al-Diya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4269, 6127].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs