Baginda melarang daripada memakai sutera

TEKS BAHASA ARAB

نهى عن لبس الحرير، وعن لبس الذهب إلا مقطعا، وعن ركوب [جلود] النمور، وعن الشرب في آنية [الذهب و] الفضة، وعن جمع بين حج وعمرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda melarang daripada memakai sutera, memakai emas melainkan potongan (kecil), menunggang di atas [kulit] harimau, minum dalam bekas [emas dan] perak dan menggabungkan antara haji dan umrah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 413-414, hadis nombor 2227. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي شيخ الهنائي، قال: «كنتُ في ملأ من أصحاب رسول الله ﷺ عند معاوية، فقال معاوية: أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله ﷺ نهى عن لبس الحرير؟ قالوا: اللهم نعم، قال: وأنا أشهد، قال: أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله ﷺ نهى عن لبس الذهب إلا مقطعا؟ قالوا: اللهم نعم، قال: وأنا أشهد، قال: أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله ﷺ نهى عن ركوب النمور؟ قالوا: اللهم نعم، قال: وأنا أشهد، قال: أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله ﷺ نهى عن الشرب في آنية الفضة؟ قالوا: اللهم نعم، قال: وأنا أشهد، قال: أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله ﷺ نهى عن جمع بين حجّ وعمرة؟ قالوا: أمّا هذا، فلا، قال: أما إنها معهن». [د، ن -الفقرة الثانية-، الطحاوي في «المشكل»، حم، طب، «الضعيفة» (4722)].

(Lemah) Daripada Abū Shaykh al-Hunā’ī, beliau berkata: Pada suatu ketika aku bersama dengan sekumpulan para sahabat Rasulullah ﷺ di sisi Mu‘awiyah. Lalu Mu‘awiyah berkata: "Aku meminta sumpah kalian kepada Allah, adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah ﷺ telah melarang daripada memakai sutera?". Mereka menjawab: "Ya Allah, benar." Mu‘awiyah berkata: “Aku juga turut bersaksi". Mu‘awiyah berkata: "Aku meminta sumpah kalian kepada Allah, adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah ﷺ telah melarang daripada memakai emas melainkan potongan (kecil)?". Mereka menjawab: "Ya Allah, benar". Mu‘awiyah berkata: "Aku juga turut bersaksi". Mu‘awiyah berkata: "Aku meminta sumpah kalian kepada Allah, adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah ﷺ telah melarang daripada menunggang (di atas kulit) harimau?". Mereka menjawab: "Ya Allah, benar". Mu‘awiyah berkata: "Aku juga turut bersaksi". Mu‘awiyah berkata: "Aku meminta sumpah kalian kepada Allah, adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah ﷺ telah melarang untuk minum daripada bekas perak?". Mereka menjawab: "Ya Allah, benar". Mu‘awiyah berkata: "Aku juga turut bersaksi.” Mu‘awiyah berkata: "Aku meminta sumpah kalian kepada Allah, adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah ﷺ telah melarang daripada menghimpunkan antara haji dengan umrah?". Mereka menjawab: "Adapun hal ini, maka tidak". Mu‘awiyah berkata: "Ia turut (dilarang) bersama perkara-perkara tadi". [Riwayat Abū Dāwud dalam al-Sunan, al-Nasā’ī dalam al-Sunan – perenggan kedua -, al-Ṭaḥāwī dalam Mushkil al-Āthār, Aḥmad dalam Musnadnya dan al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4722].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs