Baginda SAW apabila angin kencang berhembus ke arah utara, Baginda berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan apa yang Engkau utuskan

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا اشتدت الريح الشمال قال: ((اللهم! إني أعوذ بك من شر ما أرسلت – وفي رواية: أرسل فيها -)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW apabila angin kencang berhembus ke arah utara, Baginda berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan apa yang Engkau utuskan – dalam riwayat lain – apa yang diutuskan dalam angin tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1477, hadis nombor 7534. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عثمان بن أبي العاص – رضي الله عنه -، قال: كان إذا اشتدت الريح الشمال قال: ((اللهم! إني أعوذ بك من شر ما أرسلت – وفي رواية: أرسل فيها -)). [البزار -اللفظ له-، ابن السني، الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4170)]

(Lemah)
Daripada ‘Uthman bin Abi al-‘As RA, katanya: Baginda SAW apabila angin kencang berhembus ke arah utara, Baginda berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan apa yang Engkau utuskan – dalam riwayat lain – apa yang diutuskan dalam angin tersebut.
[Riwayat al-Bazzar –lafaz oleh beliau-, Ibn al-Sunni, al-Kharaiti dalam Makarim al-Akhlaq dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4170]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs