Baginda SAW apabila merasa sakit, Baginda akan menumbuk segenggam habbatus sauda`

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – إذا اشتكى اقتمح كفا من شونيز، وشرب عليه ماء وعسلا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW apabila merasa sakit, Baginda akan menumbuk segenggam habbatus sauda`, lalu Baginda akan minum bersama dengan air dan madu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1179, hadis nombor 5972. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: ((كان – صلى الله عليه وسلم – إذا اشتكى اقتمح كفا من شونيز، وشرب عليه ماء وعسلا)). [خط، ((الضعيفة)) (4171)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA telah berkata: Baginda SAW apabila merasa sakit, Baginda akan menumbuk segenggam habbatus sauda`, lalu Baginda akan minum bersama dengan air dan madu. [ٌRiwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh al-Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4171]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs