Bahawa Ali RA meminum air yang terhimpun pada pusat baginda

TEKS BAHASA ARAB

أنه – أي علي بن أبي طالب – شرب من ماء اجتمع في سرته عليه الصلاة والسلام عند غسله ، فلم يطل شاربه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa Ali RA meminum air yang terhimpun pada pusat baginda SAW ketika dimandikan. Selepas itu, tidak akan panjang misainya… sehingga akhir hadith.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 150, hadis nombor 441. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَكَذَا مَا ذكره الشِّيعَة من: أَنه – أَي: عليا رَضِي الله عَنهُ – شرب من مَاء اجْتمع فِي سرته عَلَيْهِ السَّلَام عِنْد غسله فَلم يطلّ شَاربه..الخ. قَالَ عَليّ قاري: وَهَذَا كَلَام بَاطِل أصلا وفرعا.

Demikian juga apa yang diriwayatkan oleh Syiah: “Bahawa Ali RA meminum air yang terhimpun pada pusat baginda SAW ketika dimandikan. Selepas itu, tidak akan panjang misainya… sehingga akhir hadith.” Ali Qari berkata: Ini adalah ucapan batil samada dari sudut asal dan sandaran.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs